Kamis, 04 Juli 2013

10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga

10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga 1. Abu Bakar As-Siddiq -Orang yang membenarkan perjalanan isra’ mikraj rasul S.W.A sehingga diberi gelaran as-siddiq -dicatat dalam suruh al-taubah,ayat ke-40 -digelar oleh ali R.A sebagai manusia paling berani di muka bumi -seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak. 2. Zubair bin Al-’Awwam -Orang bpertama yang menghunuskan pedaangnaya di jalan Allah -diseksa oleh bapa saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir. -umar R.A menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentra amru al-As R.A menentang tentera rom. 3. Saad bin Waqas -Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam -diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran -dicatat dalam suruh Luqman ayat ke-15 -memimpin pasukan islam menentang tentera parsi ketika pemerintahan umar R.A 4. Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah -Digelar Rasul S.A.W sebagai seorang kepercayaan umat ini. -dicatat dalam suruh al-Mujadilah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang uhud. -gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasululluah S.A.W 5. Ali bin Abi Talib -Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya.berjaya memecahkan benteng pertahanan khaibar,pertahanan terakhir yahudi -dimuliakan oleh Rasul S.A.W sebagai gerbang kota ilmu -terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan ilmu peperangan selain Umar R.A 6. Uthman bin ‘Affan -Digelar zunnur’ain(pemilik dua cahaya) -disifatkan Rasul S.A.W sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya. -membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada lelaki yahudi untuk kegunaan umat islam yang sedang berhijrah ke madinah. -mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya. 7. Umar Al-Khattab -Digelar oleh Rasul S.A.W sebagai al-Faruq(pemisah antara hak dan batil) -dikatakan bahawa islam sentiasa berada dalam kemenangan setelah keislaqman beliau. -para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu. -mengembangkan islam dari timur ke barat dalam masa yang singkat. 8. Abdurrahman bin ‘Auf -Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan. -didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul S.A.W sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu. -satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam solat Rasulullah. 9. Talhah bin Ubaidillah -Diseksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir. -diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar R.A oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar al-Qarinain(sepasang sahabat yang terikat) -degelar ‘Syahid yang hidup’,'Talhah yang baik’ dan Talhah yang dermawan’. -lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus kerana mempertahankan nabi. 10. Sa’id bin Zaid -Beliau dan isterinya,fatimah binti Khattab R.A berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar R.A. -menyertai kebanyakan perang menentang Rom,Kisra dan juga Parsi. -diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah R.A. -doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita penfitnah dimakbulkan Allah,wanita itu menjadi buta dan mati.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar